Lagu Ya Raya ditulis oleh Rudeen, dikompos oleh Rudeen dan Exactesy serta diterbitkan oleh Exactesy

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri tahun ini dengan pelancaran single Raya terbaharu berjudul Ya Raya.

Ia menggabungkan elemen moden dan tradisional satu gabungan yang segar namun masih mengekalkan jiwa muzik raya yang dekat di hati pendengar.

Lagu yang ditulis oleh Rudeen, digubah oleh Rudeen dan Exactesy serta diterbitkan oleh Exactesy dengan susunan muzik itu sarat dengan elemen keceriaan, kesyukuran dan semangat kebersamaan.

Kata Bella Astilllah, Ya Raya hadir sebagai runut bunyi yang meraikan momen-momen indah bersama insan tersayang dan hubungan emosinya dengan lagu itu terjalin sejak pertama kali mendengar demo lagu itu.

“Bila pertama kali dengar demo Ya Raya saya terus rasa dia sangat positif dan menggambarkan suasana Raya yang saya sendiri rasa.

“Setiap tahun kita beraya dalam suasana berbeza, kadang di kampung, kadang di bandar. Lagu ni rasa lebih ringan, penuh kesyukuran dan nak meraikan masa bersama keluarga
dan kawan-kawan.

“Ada elemen ceria yang buat orang rasa hendak senyum bila dengar dan memang kena dengan mood Raya,” kata ibu tunggal dua anak itu.

Bella Astillah muncul dengan single Raya terbaharu berjudul Ya Raya.

Walaupun kedengaran ceria dan penuh tenaga, proses rakaman lagu ini sebenarnya hadir dengan cabaran tersendiri buat Bella Astillah.

“Cabaran utama masa rakaman adalah nak kekalkan tenaga dan keceriaan dalam vokal tanpa kedengaran dibuat-buat, sebab masa rakaman Bella sebenarnya demam dan kurang sihat tapi Bella paling enjoy part chorus sebab sangat catchy.

“Dalam studio pun semua orang ikut nyanyi sekali kerana keistimewaan Ya Raya juga terletak pada keseimbangan antara bunyi klasik raya dan sentuhan kontemporari yang segar.

“Ada gabungan elemen moden dan tradisional dan masih ada rasa raya yang kita kenal tapi dengan susunan muzik yang lebih fresh dan sesuai dengan pendengar sekarang.

“Lagu ini lebih kepada vibe meraikan momen kecil bersama orang tersayang, bukan hanya suasana besar perayaan,” katanya yang menyifatkan kolaborasi bersama Fipper pula memperluaskan lagi mesej lagu ini daripada sekadar muzik kepada gaya
hidup sempena musim perayaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast