Pengarah Urusan Restoran Rembayung, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming (KA).

BULAN Ramadan 2026 nampaknya lebih meriah dengan Khairul Aming, pempengaruh makanan Malaysia yang sentiasa mencuri tumpuan. Bukan saja kerana lauk pauk yang lazat tetapi kerana cara uniknya menjadikan persiapan juadah berbuka dan sahur lebih seronok untuk ramai orang.

Sepanjang Ramadan tahun ini, Khairul Aming kembali dengan siri resipi harian yang selalu dinanti ramai. Ramai netizen terhibur melihat “struggle” mereka mencuba resepi beliau dari aksi tersasul di dapur hingga gelagat lucu ketika cuba ikut langkah demi langkah. Memang tak kurang gelak tawa dibuatnya.

Fenomena ini semakin hangat bila Khairul Aming sendiri membalas gurauan netizen dengan video mock press conference. Sesetengah pengikutnya berseloroh mahu bercerai dengan resepi beliau kerana cabarannya agak mencabar. Dengan gaya santai dan humor tersendiri, Khairul Aming memberi penjelasan rasmi sambil tunjukkan komitmen beliau menyediakan tiga resepi setiap hari sepanjang Ramadan.

Lebih menarik, impak Khairul Aming bukan sekadar di media sosial. Ramai pengikut menjadikan resepi beliau sumber inspirasi dan juga pendapatan tambahan. Contohnya, seorang suri rumah di Terengganu berjaya menjual masakan dari resepi viral Khairul Aming dan mendapat sambutan hangat komuniti setempat sekali gus menambah dana persiapan Hari Raya keluarga.

Kehadirannya juga menggalakkan pencipta kandungan lain untuk berkongsi idea berbuka puasa. Khairul Aming muncul sebagai figura yang menyatukan komuniti bukan sekadar melalui resipi tetapi juga pengalaman masakan yang sering menjadi topik
perbualan di TikTok, Instagram dan Threads.

Selain masakan berat, beliau turut mencetuskan trend resipi minuman berbuka seperti gabungan buah dan kurma yang menyegarkan. Resipi ini mudah dibuat di rumah dan sangat sesuai dinikmati selepas seharian berpuasa menjadikannya kegemaran ramai.

Apa yang jelas, Khairul Aming bukan pempengaruh biasa. Beliau menjadi titik temu antara budaya popular dan tradisi Ramadan moden. Dengan gaya santai dan kreatif, beliau membantu keluarga merancang juadah berbuka yang bukan saja sedap tetapi juga bergaya dan relevan dengan suasana Ramadan masa kini.

Di kala umat Islam menanti azan Maghrib, ramai kini turut menantikan task berbuka puasa versi Khairul Aming bukan sekadar makan tetapi pengalaman digital yang menghibur,
memberi inspirasi dan menjadikan Ramadan 2026 lebih meriah daripada sebelumnya.

Ts. Normaziana binti Hassan
Pensyarah, Jabatan Tahun Satu 7 Pengajian Liberal,
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast