Gambar hiasan

RABAT – Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Ketua Kehakiman dan seorang ahli Majlis Penjaga Perlembagaan akan memimpin negara secara sementara selepas kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.

Menurut Agensi Berita Rusia (TASS), yang memetik Agensi Berita Republik Islam (IRNA), mereka akan memimpin negara sepanjang tempoh peralihan kuasa.

Sebelum ini, IRNA melaporkan bahawa Khamenei telah terbunuh susulan serangan oleh Israel dan Amerika Syarikat. Beliau telah syahid selepas serangan pada pagi Sabtu, menurut laporan itu.

— BERNAMA-TASS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast