DUBAI – Lapangan Terbang Dubai, yang merupakan lapangan terbang tersibuk di dunia bagi trafik antarabangsa, mengalami kerosakan dan empat kakitangannya cedera dalam satu “insiden”, menurut kenyataan pada Sabtu susulan gelombang serangan peluru berpandu Iran.
“Sebahagian ruang pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai mengalami kerosakan kecil dalam satu insiden, yang segera dikawal,” kata Dubai Airports dalam kenyataan
Susulan itu, pelan kecemasan yang telah disediakan, kebanyakan terminal telah dikosongkan.
Terbaharu, Pihak Berkuasa Dubai memakluman serpihan dron menyebabkan kebakaran di Hotel Burj Al Arab.
Terdahulu, Kementerian Pertahanan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata, sebahagian besar daripada 137 peluru berpandu dan 209 dron yang dilancarkan ke wilayahnya oleh Iran telah musnah atau dipintas, menurut kenyataan pada Ahad, ketika Tehran melancarkan serangan bertali arus ke atas negara-negara Teluk susulan serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel.
“Kementerian menegaskan UAE berada dalam tahap berjaga-jaga tinggi dan bersedia menghadapi sebarang ancaman, serta mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menentang dengan tegas segala perkara yang mensasarkan gangguan terhadap keselamatan dan kestabilan negara, dan menekankan keselamatan warganegara, penduduk dan pelawat merupakan keutamaan tertinggi yang tidak boleh dikompromi,” menurut kenyataan kementerian yang disiarkan di X. – Agensi
Agensi
















