Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra dengan penerima kunci unit rumah PR1MA Batu 6, Penor, di sini hari ini

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1447 Hijrah/2026 sebanyak RM1,000 kepada 8,000 orang penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia bertujuan membantu penjawat awam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Jumlah akan dikreditkan ke dalam akaun penerima seminggu sebelum Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berharap agar pemberian bonus raya tersebut dapat menyuntik semangat kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Tambahnya, ia sekali gus diharap dapat memperkukuhkan usaha memakmurkan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat terus dipertingkatkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast