Pengerusi DAP Bukit Jalil Diccam Lourdes memohon maaf kepada Firdaus Wong selepas berkongsi poster palsu mengenai pendakwah bebas itu berkaitan isu seorang pelajar memijak al-Quran.
Menurut Diccam, beliau bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan dan memohon maaf yang ikhlas kepada Firdaus atas salah faham dan sebarang ketidakselesaan yang ditimbulkan.















