Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama para jemaah selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Musolla IoI City Mall, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 MAC 2026.

PUTRAJAYA – Kerajaan sedaya upaya akan mengekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter susulan walaupun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi di wilayah itu akan terus dipantau kerana sehingga ini kerajaan masih boleh bertahan dalam tempoh satu ke dua bulan bagi kekal pada harga itu.

Beliau turut mengakui petanda-petanda awal kepada ekonomi negara kini menujukkan kesan tidak begitu baik dan menyenangkan akibat serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran sejak minggu lalu.

“Saya seru supaya semua masyarakat, rakyat, kalangan penjawat awam, pekerja dan perniaga waspada perkara ini jangan pandang ringan kerana kalau kita saksikan penerusan kegiatan ini, ini akan menjadi satu krisis ekonomi yang lebih besar daripada yang dijangka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Solat Jumaat di Masjid Musolla IOl City Mall New East Wing di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ketika hadir menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Musolla IoI City Mall, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 MAC 2026.

Mengulas lanjut, Anwar memberi jaminan kerajaan akan mengambil langkah segera berikutan konflik di Asia Barat itu kerana ia memberi kesan kepada ekonomi sekiranya
keadaan berlarutan.

Perdana Menteri berkata, ia tidak dapat dielakkan apabila kos barangan dan kos import bagi syarikat-syarikat perusahaan kecil dan serta sederhana selain import barang makanan akan meningkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah di Musolla IoI City Mall, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 06 MAC 2026.

“Dalam keadaan sekarang, sementara ini nampak masih dikawal tapi kita tahu bahawa kapal-kapal minyak dan gas dan peralatan itu tersangkut di Teluk Hormuz sudah melebih 200 kapal dan tentunya akan menjejaskan dari segi perniagaan dan perdagangan.

“Begitu juga tentang kos pengangkutan yang meningkatkerana jalan yang lebih jauh yang terpaksa digunakan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast