Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan tajaan penuh bagi 75 jemaah Selangor yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini dengan kos sebanyak RM1.2 juta ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah jemaah yang ditaja penuh tahun ini adalah peningkatan sebanyak 29 orang berbanding 46 jemaah yang menerima manfaat yang sama pada tahun lalu.

Tambah beliau, bagi meringankan urusan perjalanan, Kerajaan Negeri dan Yayasan MBI akan turut menyampaikan bantuan RM1,500 kepada 75 jemaah ini.

Katanya, syarat dan kelayakan para jemaah yang bakal menerima manfaat tajaan penuh akan diusahakan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji melalui syor Jabatan Agama Islam sebelum disembah maklum untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Dalam pada itu, mengambil kira situasi yang tidak menentu di Timur Tengah, Kerajaan Negeri akan bekerja rapat dengan Wisma Putra berlandaskan garis panduan keselamatan supaya perjalanan jemaah Selangor diberikan keutamaan.

“Saya mendoakan agar keadaan di Timur Tengah kembali aman dan mengajak semua pihak yang terlibat untuk kembali ke meja rundingan sebagai jalan penyelesaikan konflik ini.

“Dunia tidak boleh membenarkan budaya pelanggaran undang-undang antarabangsa untuk dinormalisasikan terutamanya dalam keadaan rakyat biasa sedang menjadi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast