Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim meninjau persekitaran Mersing. Foto: FB Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, berkenan memandu sendiri sejauh lebih 45 kilometer menyusuri pelbagai kawasan penempatan bagi meninjau persekitaraan daerah Mersing.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda turut berkenaan meluangkan masa meninjau Jeti Tanjung Penyabong di daerah tersebut.

Sultan Ibrahim memandu sendiri sejauh 45 kilometer hari ini bagi meninjau persekitaran Mersing.
Foto FB Sultan Ibrahim

“Seri Paduka Baginda, bertitah Mersing merupakan antara destinasi pelancongan popular dan aspek kebersihan perlu dipelihara bagi memastikan persekitaraan indah dan selesa kepada penduduk serta pelancong,” kata hantaran tersebut.

Tambahnya, Sultan Ibrahim turut bertitah mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata demi memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih dan terpelihara. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast