Masoud Pezeshkian. Foto IRNA

TEHRAN – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, negaranya akan terpaksa bertindak balas” terhadap sebarang serangan atau cubaan pencerobohan dari negara-negara jiran.

“Jika musuh Iran “cuba menggunakan mana-mana negara untuk menyerang atau menceroboh tanah air kami, kami akan terpaksa bertindak balas terhadap serangan itu,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan oleh televisyen negara ini.

Tegasnya, tindak balas itu tidak bermakna Iran mempunyai pertikaian atau mahu mencederakan rakyat negara terbabit.

“Tetapi kami bertindak kerana terpaksa,” ujarnya.

Pada Sabtu, Pezeshkian turut memohon maaf kepada negara-negara jiran yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat atas serangan yang berlaku di wilayah mereka. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast