Shervoni dipanggil barisan kejurulatihan Tajikistan bagi menghadapi Filipina untuk aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027.

KUALA LUMPUR – Empat pemain import Terengganu FC (TF) menerima panggilan antarabangsa untuk kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan Mac ini.

Mereka ialah Gervane Kastaneer, Ehson Panjshanbe, Kyaw Min Oo dan Shervoni Mabatshoev yang diumumkan pengurusan kelab di media sosial.

Kastaneer dipanggil jurulatih baharu Curacao, Fred Rutten bagi menghadapi dua aksi FIFA Series di Australia.

Curacao dijangka berdepan China dan Australia pada 27 dan 31 Mac ini.

Ehson dan Shervoni pula dipanggil barisan kejurulatihan Tajikistan bagi menghadapi Filipina untuk aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027.

Khidmat Min Oo pula ditagih bagi membantu Myanmar menghadapi baki dua aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Myanmar dijadual bertemu Afghanistan dan Pakistan pada 26 dan 31 Mac ini.

Khidmat Min Oo pula ditagih bagi membantu Myanmar menghadapi baki dua aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Sheikh Farouk Sheikh Mohamad melihat ia satu perkembangan baik buat pasukan itu.

Ini kerana empat tonggak import Peteh menjadi pilihan skuad kebangsaan masing-masing di peringkat antarabangsa.

Beliau juga berharap lebih ramai pemain tempatan dipilih mewakili Harimau Malaya.

“Berbangga kerana pemain kita diiktiraf oleh pasukan kebangsaan mereka, masih menunggu senarai akhir pasukan Malaysia dikeluarkan tidak lama lagi dan berharap untuk melihat lebih ramai pemain tempatan kita mengikuti jejak yang sama untuk mewakili negara kita.

“Semoga ini menjadi motivasi kepada pemain TFC yang lain pada masa hadapan,” katanya.

Pemilihan empat pemain itu memperlihatkan kualiti tonggak import yang dibawa TFC untuk kempen musim 2025/26. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast