Seorang pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan maut selepas lehernya terkena sebilah sabit berhulu panjang dalam kejadian di Jalan Kampung Batu 4, Selabak, pagi semalam.
Mangsa dikenali sebagai Adham Faisal, pelajar Sijil Vokasional Malaysia Semester Empat dalam jurusan Agroindustri Ternakan Poltri.















