Serba Dinamik
Pengarah Urusan dan CEO Serba Dinamik Holdings Bhd., Datuk Abdul Karim Abdullah

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengeluarkan waran tangkap Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd., Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah.

Beliau juga merupakan Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif, Bukan Bebas Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB).

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata, Karim sebelum ini telah didakwa atas kesalahan sama oleh SC pada tahun 2021 berhubung maklumat palsu dalam penyata kewangan Serba Dinamik Holdings Bhd.

Bagaimanapun, perkara itu diselesaikan melalui kompaun susulan keputusan pendakwa raya yang menerima representasi Karim, di mana beliau dikenakan kompaun sebanyak RM3 juta.

“Abdul Karim, yang kini masih bebas, dikehendaki bagi kesalahan sama di bawah Seksyen 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

“Pendakwa raya telah memberikan kebenaran untuk pendakwaan jenayah terhadap Karim atas penglibatannya menyebabkan penyata palsu dikemukakan oleh SCIB kepada Bursa Malaysia, katanya.”

SC berkata alamat terakhir yang diketahui bagi Abdul Karim adalah di Lake Garden Villas, Cahaya SPK, Shah Alam, dan beliau juga mempunyai alamat di Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Abdul Karim diminta memaklumkan kepada SC di talian 012-6112 496 atau menghantar e-mel kepada SC di [email protected].” -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast