Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah daripada anak lelaki Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Khuzairi Yahaya, 54 tahun , yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pendaftaran dan Perkhidmatan Perniagaan SSM, meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.















