Kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai ‘Rumah Bangsa’ yang diusahakan UMNO membuktikan parti itu tidak pernah berminat kepada masa depan Melayu dan Islam, sebaliknya hanya pentingkan politik sendiri.
Timbalan Presiden Amanah Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sindiran Abdul Hadi itu sekali lagi memperlihatkan pendekatan ala Khawarij Pas yang gemar melabel, menghina dan meragui keikhlasan pihak lain hanya kerana berbeza pandangan politik.















