Kementerian Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan Sesi Libat Urus (SLU) Bersama Pemegang Taruh Tadika Swasta Zon Utara pada Khamis, diadakan dalam gereja seperti yang didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya, program tersebut dilaksanakan di dewan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Dakwaan ini jelas berniat jahat, cuba menimbulkan kekeliruan dan memburukkan imej Kementerian. Mengambil ibrah bulan Ramadan, KPM menyeru semua pihak untuk meningkatkan amal ibadah dan tidak terjebak dalam perbuatan fitnah,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pemilihan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption adalah berdasar kepada faktor seperti kemudahan/fasiliti yang tersedia.

Ia juga bagi mengetengahkan sekolah antarabangsa sebagai sebahagian daripada institusi pendidikan swasta yang ada di negara ini serta membuktikan sinergi yang baik di antara KPM dan pihak penyedia pendidikan swasta. -MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast