Arab Saudi berdepan dengan serangan 29 dron. foto Anadolu

ISTANBUL – Arab Saudi pada Ahad mengumumkan bahawa sebanyak 29 serangan dron berjaya dipintas oleh sistem pertahanan udaranya sejak malam Sabtu.

Kementerian Pertahanan Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 25 dron yang memasuki ruang udara negara itu sejak malam Sabtu telah “dimusnahkan” oleh sistem pertahanan udara.

Kemudian pada waktu pagi, kementerian berkenaan memaklumkan empat lagi dron berjaya dipintas di wilayah Riyadh.

Tiada butiran diberikan mengenai dari mana dron itu dilancarkan atau sama ada cubaan serangan tersebut menyebabkan kerosakan atau korban jiwa.

Sejak 28 Februari lalu, Tehran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap pangkalan Amerika Syarikat serta lokasi strategik di negara-negara Arab sebagai tindak balas terhadap serangan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Sebelum ini, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) turut mengumumkan mereka melancarkan serangan ke atas Pangkalan Udara Prince Sultan di bandar Al-Kharj di timur Arab Saudi, yang menempatkan tentera Amerika Syarikat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast