Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju menjadikan hari Khamis, 19 Mac ini (bersamaan 29 Ramadan 1447H) sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri itu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, ia bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast