Demi takbir bergema bersama keluarga di pagi Syawal, ada yang sanggup ‘pejam mata’ berbelanja sehingga RM5,000 untuk tiket penerbangan saat akhir, walaupun harganya melonjak jauh berbanding tahun lalu.
Gelombang pembelian tiket ‘last minit’ dikesan semakin rancak menjelang Aidilfitri, susulan ketidaktentuan tarikh 1 Syawal selain faktor harga yang berubah-ubah.














