Orang ramai dilihat sibuk membeli barangan basah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.
Menurut peniaga, keadaan hari ini tidak begitu sesak berbanding hari sebelumnya kerana kebanyakan pembeli sudah membuat persiapan lebih awal, sekitar 2 hingga 3 hari sebelum raya. Ini berikutan ketidaktentuan tarikh sebenar sambutan Hari Raya.














