KUALA LUMPUR – Polis merekodkan 1,515 kemalangan jalan raya di seluruh negara semalam dengan 26 daripadanya melibatkan kematian ketika orang ramai mula bergerak pulang ke kampung sempena Aidilfitri.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman memaklumkan jumlah korban meningkat sembilan kes berbanding Khamis walaupun keseluruhan kemalangan menunjukkan penurunan sebanyak 772 kes.
Pada Khamis, sebanyak 2,287 kemalangan dilaporkan dengan 17 kematian direkodkan.
Dalam perkembangan sama, Bukit Aman menjangka kira-kira 2.3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya sepanjang musim perayaan ini.
Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya, seramai 5,544 anggota trafik telah digerakkan dalam operasi khas yang berlangsung dari 19 hingga 24 Mac depan. -MalaysiaGazette
















