Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim mempersoalkan perbezaan mengapa jurang harga diesel antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak begitu besar.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang & Reformasi Kehakiman) itu berkata, Sarawak dan Sabah hanya membayar RM2.15 seliter untuk diesel.

Tetapi di pengguna di Semenanjung membayar RM4.74 seliter.

“Mengapa perbezaannya begitu besar? Politik,” tanya beliau.

Hujahnya, jika kerajaan mengenakan kadar yang sama iaitu RM4.74 seliter, penjimatan yang boleh dilakukan adalah sebanyak RM5.5 billion setahun.

“Dengan harga minyak yang semakin meningkat, bilakah pemimpin kita akan berhenti berpolitik dengan hal ehwal kewangan kita? Mereka malah enggan membincangkan perkara ini,” katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak 80 sen kepada RM4.72 seliter.

Manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 19 Mac hingga 25 Mac depan.

Malah, harga runcit petrol RON97 turut dinaikkan sebanyak 70 sen kepada RM4.55 seliter, manakala harga petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM3.27 seliter bagi tempoh sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast