Tiga suspek dipercayai terlibat kes pecah rumah di Seksyen 9, Shah Alam.

KUALA LUMPUR – Polis giat mengesan tiga individu yang berpakaian gelap dengan pelitup muka selepas disyaki terlibat kes pecah rumah di Seksyen 9, Shah Alam pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang lelaki warga emas berusia 60-an yang juga pesara sekitar pukul 11.52 malam.

“Kes yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 hingga 11 malam dan siasatan awal mendapati rumah tersebut tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera keselamatan.

“Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV dari pihak pengurusan perumahan serta jiran berhampiran bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Ramsay, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Mana-mana individu yang mempunyai makluat berkenaan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657.

Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alama di talian 03-55202222 bagi membantu siasatan, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast