Gambar hiasan.

SANDAKAN – Seorang wanita dan anak perempuannya maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Batu 23, Jalan Labuk, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata kejadian pada 4 petang itu menyebabkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala ibunya berusia 28 tahun di Hospital Duchess of Kent di sini.

Beliau berkata penunggang motosikal terbabit dan pemandu kereta turut cedera serta dirawat di hospital sama.

“Motosikal itu dinaiki tiga sekeluarga dari arah bandar Sandakan ke Beluran manakala kereta dari arah Bukit Garam menuju pusat bandar.

“Berdasarkan siasatan, motosikal itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bertembung dengan kereta dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

George berkata kemalangan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast