KUWAIT CITY – Beberapa dron membedil tangki bahan api hingga mencetuskan kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait.
Bagaimanapun, bedilan itu tidak melibatkan korban nyawa, kata pihak berkuasa penerbangan awam negara Teluk itu.
Memetik maklumat awal, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam berkata, serangan itu hanya menyebabkan kerosakan “terhad”.
“Pihak berkuasa yang berkaitan segera melaksanakan prosedur kecemasan dan anggota bomba telah dikerahkan untuk mengawal kebakaran, kata jurucakapnya, Abdullah Al-Rajhi.
Lapangan terbang Kuwait telah diserang beberapa kali sejak perang serantau bermula pada 28 Februari, apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran.
Pada 14 Mac, pihak berkuasa penerbangan awam berkata, serangan dengan “beberapa dron” menyasarkan lapangan terbang dan “menghentam sistem radarnya”.
Dron-dron telah membedil tangki bahan api di lapangan terbang pada 8 Mac, dan serangan terdahulu ke atas terminal penumpang menyebabkan beberapa orang cedera ringan dan menyebabkan kerosakan. – Agensi
















