Suspek-suspek yang ditahan dalam Ops Tapis di Sandakan - Foto Polis Daerah Sandakan

SANDAKAN – Empat lelaki ditahan dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Sandakan di sekitar Kampung Melayu dan Taman Seri Labuk, di sini, semalam. 

Dalam operasi kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua lelaki tempatan ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, manakala seorang lagi disyaki memasukkan dadah ke dalam badan.

Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Pada hari sama, seorang lelaki warga asing turut ditahan dalam kes berasingan kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam badan.

Hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek itu juga didapati positif dadah jenis sama.

Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditahan di lokap IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.

Operasi tersebut dilaksanakan selaras usaha berterusan polis bagi membanteras jenayah dadah di daerah itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast