Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Shah Alam akan berpindah ke premis baharu berkuat kuasa 1 April ini.

LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pejabat sedia ada di Bangunan Plaza Perangsang akan ditutup sepenuhnya mulai 30 Mac bagi memberi laluan kepada proses perpindahan tersebut.

Menurut kenyataan itu, operasi baharu akan dijalankan di Menara LHDN Shah Alam, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, dengan perkhidmatan kaunter dibuka pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk kaunter setempat, kaunter duti setem serta kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK). – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast