Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar aspek keselamatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah terus dipelihara susulan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

KPM menerusi kenyataan berkata, titah baginda itu menjadi peringatan penting kepada semua institusi pendidikan di bawah kementerian supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi garis panduan sedia ada dalam menghadapi situasi cuaca panas.

“Sehubungan itu, kementerian telah mengeluarkan arahan kepada semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya bagi memastikan langkah pencegahan dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan,” katanya.

Menurut KPM, antara langkah yang ditekankan termasuk pemantauan rapi terhadap pelaksanaan aktiviti luar di sekolah selain memberikan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan sepanjang tempoh cuaca panas.

KPM turut menegaskan komitmennya untuk terus memastikan persekitaran pembelajaran kekal selamat dan kondusif demi kesejahteraan semua warga sekolah. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast