Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima tiga laporan berhubung video tular yang memaparkan dakwaan dua individu dipercayai ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan meminta wang perlindungan daripada sebuah pusat urut di Wangsa Maju, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan.

“Setakat ini, tiga laporan telah diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dilaporkan mengarahkan laporan polis dibuat dan siasatan segera dijalankan berhubung dakwaan itu.

Baru-baru ini, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki memperkenalkan diri sebagai ahli MPP ketika meminta wang daripada sebuah pusat urut.

Difahamkan, wang tersebut diminta sebagai balasan untuk mengelakkan tindakan terhadap premis berkenaan susulan aduan penduduk setempat.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast