Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan kekasihnya Bella Astillah yang telah mengikat tali pertunangan hari ini.

Menerusi ciapan di aplikasi X, Anwar mengusik pasangan tersebut agar diberikan kad undangan untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka.

“Tahniah, kad jemputan jangan lupa,” tulisnya ringkas di laman sosial itu.

Terdahulu, Syed Saddiq mengumumkan mengikat tali pertunangan sekali gus mengesahkan spekulasi hubungan mereka yang bertiup kencang akhir-akhir ini.

Pengumuman bahagia itu disampaikan sendiri oleh Syed Saddiq, 33, menerusi laman Facebook sambil menyatakan, Allah SWT merupakan sebaik-baik perancang.

Beliau melamar Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 34, di atas Gunung Kinabalu ketika hujan lebat.

Rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah dengan berita gembira yang dikongsikan pasangan mereka.

Perkhabaran itu mula menjadi perhatian umum selepas beberapa sumber mendedahkan pasangan itu giat membuat persiapan hari bahagia mereka manakala, majlis akan berlangsung pukul 3 petang ini. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast