KUALA LUMPUR – Bekas personaliti televisyen, Dang Suria Zainurdin kembali mencuri perhatian netizen apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Malek Rahman semalam.
Ini kerana gambar pernikahan mereka kini tular di media sosial yang dikongsikan oleh Malek sendiri yang turut membuat hantaran mengesahkan berita itu.
“Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia untuk kembali merasai nikmat perkahwinan.
“Semoga ikatan cinta dua hati yang bertaut ini kekal sehingga jannah,” tulisnya.
Malek yang pernah mewakili pasukan bola sepak Selangor turut berharap orang ramai dapat terus menitipkan doa untuk mahligai yang dibina bersama bekas penyampai berita berkenaan.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga, sahabat dunia akhir dan seluruh kelana yang hadir memeriahkan majlis yg penuh barakah ini.</div>
“Doakan kebahagian ini berkekalan hingga akhir hayat. Malek Rahman sudah ‘off market’” katanya lagi.
Menerusi hantaran sama, Malek, 56, turut memuatnaik foto mas kahwin yang diterima Dang Suria, 54, iaitu sebanyak RM7,000.
Mereka juga dilihat mengenakan busana serba putih pada majlis pernikahan sementara menyarung baju rona sedondon iaitu hitam untuk majlis resepsi.
Sebelum ini, Dang Suria dilaporkan bercerai dengan suaminya, Abu Bakar Atan pada Oktober 2004 selepas kira-kira empat tahun mendirikan rumah tangga.
Dia juga dilaporkan pernah mendirikan rumah tangga dengan penulis lirik, Ad Samad namun jodoh tidak panjang apabila mereka juga dilaporkan bercerai. – MalaysiaGazette
















