Tarikh indah 28 Mac hari ini menjadi tarikh di mana termerai lagi satu binaan masjid dan kali ini di antara tekong kebangsaan, Syahir Rosdi, dan pilihan hatinya, Ain Thalia. Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Tekong terbaik dunia, Muhammad Syahir Mohd Rosdi kini bergelar suami apabila menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Ain Athalia semalam.

Menerusi perkongsian gambar di media sosial, pasangan sama cantik sama padan itu mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah di mana majlis pertunangan dikatakan berlangsung terlebih dahulu pada waktu tengah hari.

Januari lalu, nama Syahir terus berada di puncak dalam arena sepak takraw antarabangsa selepas dia mencipta kebanggaan apabila dinobatkan sebagai Tekong Terbaik Dunia pada Januari lalu.

Pengiktirafan berprestij itu diumumkan Setiausaha Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader yang menyifatkan pemain berusia 30 tahun itu sebagai antara tekong paling digeruni dunia ketika ini susulan prestasi konsisten dipamerkannya sejak dua tahun kebelakangan ini.

Syahir antara tekong yang memiliki kelebihan servis padu, kawalan permainan yang tenang serta kemampuannya mengekalkan prestasi pada tahap tertinggi dalam aksi berintensiti tinggi.

Dia bakal mengemudikan skuad kebangsaan menjelang saingan Piala Dunia 2026 yang dijadual berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 12 hingga 24 Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast