Cadangan memperkenalkan lesen harian kepada jurugambar sebagai langkah praktikal dan anjal bagi membendung kegiatan ‘ulat foto’ di sekitar KLCC sedang dikaji bagi memastikan aktiviti fotografi dapat dikawal tanpa menjejaskan pengalaman pelancong.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan mekanisme pelesenan itu dilihat sebagai pendekatan kawal selia lebih proaktif dalam menangani isu jurugambar tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan secara haram kepada pelancong.















