Polis sedang mengesan enam sekeluarga yang hilang dari rumah mereka di Bentong sejak kelmarin.

BENTONG – Polis Bentong sedang mengesan enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari kediaman mereka di Taman Orkid di sini, sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan itu pada pukul 7.34 petang, hari sama.

Menurutnya, pengadu yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa mendapati kesemua ahli keluarganya tiada di rumah kira-kira pukul 6.30 pagi.

Enam individu yang dilaporkan hilang ialah M. Rekha, 41; S. Ruban, 19; S. Sharivina Nair, 17; S. Shasini Nair, 16; S. Pritivi Nair, 14 dan S. Lashwin Nair, 4.

Kesemua mereka dilaporkan hilang dari alamat terakhir di No. 120, Lorong 6, Taman Orkid, Bentong.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999 atau Balai Polis Bentong di talian 09-2222222. -MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast