Peguam, Mohd Faizi Che Abu bercakap pada media selepas prosiding kes bunuh di Mahkamah Majistret Klang. Foto AIZAT ZAINAL, 01 APRIL 2026.

KLANG – Peguam Mohd Faizi Che Abu tidak menolak kemungkinan akan membuat tuntutan sehingga RM1 juta bagi pihak anak guamnya, Nor Nadia Abdul Abdul Majid, 32 yang kehilangan suaminya yang maut dilanggar pemandu kereta dalam keadaan mabuk, Ahad lalu.

Faizi berkata, Mahkamah Majistret di sini membenarkan beliau menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa sepanjang prosiding pertuduhan kes bunuh itu yang membabitkan seorang jurutektik.

“Kami dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap tertuduh dan juga pihak insurans bagi keadaan kes ini.

“Jadi pihak keluarga dalam proses untuk mendapatkan dokumen dan juga maklumat-maklumat daripada pihak berkuasa sebelum tindakan selanjutnya iaitu tindakan sivil diambil.

“Kita ada figures yang kita akan tuntut berdasarkan kepada prinsip undang-undang ketetapan kes-kes duluan sebelum ini, mungkin dalam jumlah yang tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Klang, di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang pembantu makmal swasta yang memandu kereta melanggar penghantar makanan pada Ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Amirul Hafiz Omar, 33, di Jalan Raya Barat, kira-kira pukul 11.47 pagi, pada 29 Mac lalu.

Mohd Faizi juga berkata, pengiraan pampasan disebabkan tragedi tragis itu berdasarkan kepada pengiraan gaji dan sumbangan mangsa kepada tanggungannya.

“Kemudian dia ada pengiraan gandaan kepada tuntutan pampasan berdasarkan umur, pendapatan dan tanggungan mangsa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Juruteknik mabuk didakwa bunuh penghantar makanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast