KUALA LUMPUR – Seorang wanita telah terjatuh dan tersepit di Bawah LRT Abdullah Hukum di sini petang tadi.
Mangsa berbangsa Cina dan berusia 39 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan muka dipercayai tergelincir.
Menurut Komander Operasi Bomba, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa pukul 6.38 petang dan diberi rawatan awal seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
Pasukan dari balai jagaan balai Bomba Pantai digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai sembilan orang anggota.
Akibat kejadian yang sama menyebabkan jadual perjalanan LRT tergendala sementara dan Rapidkl menyediakan alternatif perkhidmatan bas percuma.
Bagaimanapun kini operasi tren Kembali pulih seperti sediakala. – MalaysiaGazette
















