Anggota bomba mengeluarkan mangsa dalam kemalangan maut dibKilometer 212 Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat semalam.

JOHOR BAHRU – Pemandu treler khayal dadah menjadi punca kemalangan ngeri yang meragut nyawa tiga beranak di Kilometer 212 Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, ujian saringan terhadap pemandu treler terbabit yang berusia 28 tahun mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah treler jenis dipandu suspek melanggar belakang sebuah van yang dinaiki mangsa.

“Akibat pelanggaran tersebut van berkenaan hilang kawalan sebelum masuk laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori.

“Dalam kejadian tersebut tiga mangsa yang berada dalam van tersebut cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi yang cedera dibawa ke Hospital Segamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemandu treler dan pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/04/02/tiga-beranak-maut-van-bertembung-dua-kenderaan-berat-di-segamat/

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Mohd Jumanzanzahir Chek Ismail berkata, kes klasifikasi semula daripada Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kepada Seksyen 44 (1) (a) APJ 1987.

“Ini kerana pihak polis baru mendapat keputusan suspek positif dadah jenis Methamphetamine. Suspek turut disiasat bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Tambahnya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Segamat pagi ini.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast