Akaun media sosial X milik Kedutaan Iran di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz, menurut Kedutaan Iran di sini.

“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz.” menurut hantaran kedutaan itu pada akaun rasminya di X.

Hantaran itu disertakan dengan gambar sebuah kapal, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membolehkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara.

“Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan,” katanya pada majlis pelancaran Kolej Vokasional Pengerang di SMK Tanjung Pengelih di Pengerang, Johor. — BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast