GEORGE TOWN – Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di beberapa lokasi di negeri ini, esok.

Menurut kenyataan itu, ujian berkenaan akan dijalankan di tiga lokasi iaitu Masjid Terapung Tanjung Bungah dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi, diikuti Masjid Ar-Rahman, Batu Feringgi dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari serta di LKIM Teluk Bahang dari pukul 2 petang hingga 3 petang.

“Pengujian tersebut adalah sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan bagi memastikan sistem amaran awal tsunami sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

“Orang ramai khususnya penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik sekiranya terdengar bunyi siren kerana ia hanyalah ujian,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, sebarang pindaan berkaitan pelaksanaan ujian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast