Home Utama Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak

Polis kesan penunggang motosikal lawan arus di Lebuhraya Karak

KUALA LUMPUR  – Seorang pemandu kereta berdepan detik cemas apabila bertembung dengan penunggang motosikal yang melawan arus Kilometer 34, Lebuhraya Karak menghala ke Bentong, Pahang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang tular di media sosial itu sekitar jam 11.43 malam semalam.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 2 April lalu sekitar jam 2.30 petang melibatkan sebuah kereta kereta jenis Volkwasgen Golf yang dipandu lelaki tempatan berusia 34 tahun.

“Mangsa yang berada di lorong kanan, secara tiba-tiba didatangi sebuah motosikal jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan dengan melawan arus.

“Kemudian motosikal itu telah bergesel dengan kereta mangsa namun dalam kejadian tersebut, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakalan penunggang itu tidak berhenti di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abang Kaderi, pihaknya kini sedang giat mengesan penunggang motosikal itu dan kes  disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor V. Rathana di talian 017-7745565 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast