Muhammad Faizzuddin Mohd Zai
Muhammad Faizzuddin Mohd Zai

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Selangor menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki digantung tugas susulan kekecohan yang berlaku semasa beliau berucap dalam satu majlis, semalam.

Naib Ketua Pemudanya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, kerajaan juga wajar menggantikan Azam dengan pemangku atau calon lain yang lebih berwibawa sehingga siasatan selesai.

Beliau turut mendakwa rakyat hari ini resah dan mula hilang kepercayaan terhadap retorik “tatakelola” dan “reformasi” anti rasuah yang sering dilaungkan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda Pas mendesak kerajaan menyegerakan proses siasatan kerana isu itu telah menjadi perhatian utama rakyat.

Katanya, semakin lama siasatan tertangguh, defisit kepercayaan dikhuatiri semakin menurun.

“Di saat rakyat ditekan dengan kos sara hidup dan pelbagai isu ekonomi, mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih daripada korupsi, bersih daripada salah guna kuasa, bersih daripada isu sakau duit Kerajaan dan berani bertindak tanpa pilih kasih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mendakwa, rakyat sedang memerhati dan akan memastikan Pakatan Harapan (PH) bertanggungjawab penuh terhadap sebarang tindakan yang didakwa pro-korupsi dan menjejaskan imej negara. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Azam ‘diserang’ wakil NGO ketika sampaikan ucaptama Wacana Ilmiah Perdana

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast