Benjamin Netanyahu

JERUSALEM – Pejabat Perdana Menteri Israel mengumumkan sokongan negara itu terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menangguhkan serangan terhadap Iran.

Bagaimanapun Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu menegaskan, gencatan senjata dua minggu itu tidak terpakai ke atas Lubnan.

Dalam kenyataan di platform X pada Rabu, Netanyahu berkata, Israel menyokong usaha Presiden Donald Trump untuk memastikan “Iran tidak lagi memiliki kekuatan nuklear, misil dan ancaman pengganas kepada Amerika, Israel, jiran-jiran Iran di negara Arab serta dunia secara keseluruhannya.

Tambahnya, AS memberitahu Israel yang ia komited untuk mencapai matlamat-matlamat dalam rundingan di Islamabad, Pakistan pada Jumaat.

Kenyataan Netanyahu itu dibuat selepas Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif mengumumkan AS, Iran dan sekutu-sekutu mereka “bersetuju untuk melaksanaka gencatan senjata segera di semua tempat termasuk termasuk Lubnan dan lain-lain.  -AGENSI

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast