Straits of Hormuz

TEHRAN – Tehran menegaskan Pelan 10 Perkara untuk menamatkan perang dengan Amerika Syarikat (AS) memerlukan Washington menerima program pengayaan uranium Iran serta menarik balik semua sekatan.

Republik Islam itu mendakwa kemenangannya berkata dalam satu kenyataan bersama senarai 10 perkara disiarkan media kerajaan memaklumkan, pelan tersebut memerlukan “penguasaan berterusan Iran ke atas Selat Hormuz, penerimaan pengayaan, serta pemansuhan semua sekatan utama dan sekunder.”

Antara tuntutan utama lain dalam pelan itu, yang dikemukakan melalui perantara di Pakistan, termasuk pengunduran tentera AS dari Timur Tengah, penamatan serangan ke atas Iran dan sekutunya, pembebasan aset Iran yang dibekukan serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menjadikan sebarang perjanjian sebagai mengikat.

“Perlu diambil maklum penerimaan resolusi sedemikian akan menjadikan semua perjanjian ini mengikat di bawah undang-undang antarabangsa dan merupakan satu kemenangan diplomatik penting bagi negara Iran,” menurut kenyataan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi negara itu.

Yang penting, pelan itu juga menyeru kepada perluasan kawalan Iran ke atas Selat Hormuz, laluan penting bagi kira-kira satu perlima bekalan minyak dunia yang kini hampir terhalang kepada trafik maritim sejak konflik lima minggu itu bermula.

Pengumuman itu dibuat selepas Pakistan mengemukakan cadangan saat akhir untuk mengelakkan serangan besar-besaran AS ke atas Iran, dengan Presiden AS memberi amaran bahawa “seluruh tamadun akan musnah malam ini” jika tiada perjanjian dicapai.

Bagaimanapun, kira-kira 90 minit sebelum tarikh akhir pukul 8 malam (0000 GMT), Presiden AS mengumumkan Washington telah menerima pelan tersebut dan ia kelihatan sebagai “asas yang boleh dilaksanakan untuk rundingan”. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast