KUALA LUMPUR – Tan Sri Rozali Ismail, 69 akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd., berkuatkuasa 30 Jun ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Puncak Niaga berkata, Rozali juga akan bersara sebagai pengarah syarikat tersebut serta anak-anak syarikatnya pada tarikh yang sama.
“Beliau akan terus menjalankan tugas dalam kapasiti semasa bagi memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar,” katanya.
Tambah syarikat itu, Lembaga Pengarah telah meneliti perkara tersebut dengan mengambil kira, antara lain, keadaan kesihatan semasa Rozali, komitmen peribadi serta keperluan memastikan kesinambungan kepimpinan dan pematuhan kepada amalan tadbir urus korporat yang baik.
Beliau juga adalah pemegang saham utama kumpulan itu serta bapa kepada Pengarah Urusan, Azlan Shah Rozali. -MalaysiaGazette















