Kredit: JBPM

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemukan maut dalam kolam takungan di Program Perumahan Rakyat Taman Nagasari dekat Jitra hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.26 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

“Sebanyak sembilan anggota dari BBP Jitra ke lokasi dan sebaik tiba didapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan terapung di permukaan air dalam kolam takungan berkenaan.

“Anggota telah memakai pakaian perlindungan diri untuk turun ke dalam kolam bagi membawa mayat mangsa naik ke tempat selamat, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 4.52 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan kejadian itu dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast