KUALA LUMPUR — Satu gempa bumi sederhana dilaporkan berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 10:40 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kejadian itu dikesan pada koordinat 2.0° Utara dan 94.7° Timur.
Gempa berkenaan mencatatkan magnitud 5.6 dengan kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa terletak kira-kira 161 kilometer barat daya dari Simeulue, Indonesia.
Bagaimanapun, METMalaysia memaklumkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.
“Gempa bumi sederhana telah berlaku di Luar Pantai Barat Sumatera Utara pada jam 10:40 pagi.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial rasmi agensi itu hari ini.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan, kata METMalaysia. – MalaysiaGazette
















