Wan Muhammad Zuhir Ghazali

KUALA LUMPUR – Isu eksport diesel ke Filipina sengaja dibakar oleh pihak tertentu untuk menanam kebencian kononnya kerajaan menjual hak rakyat secara sembunyi sedangkan bahan api tersebut adalah milik firma perdagangan global yang menggunakan Johor sebagai Transit Point antabangsa.

Menjawab kenyataan yang dibuat Isham Jalil semalam, Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali menjelaskan, terminal di Pelabuhan Tanjung Bin berfungsi seperti lapangan terbang yang mana kapal luar akan mendarat dan menyimpan barang sebelum berlepas semula.

“Minyak tersebut cuma transit di pelabuhan Malaysia dan bukannya dicuri daripada tangki minyak negara. Jangan sampai keliru antara pelabuhan perdagangan dengan stesen minyak tempatan.

“Isham jalil, tolong jangan mandulkan akal rakyat Malaysia.

“Hentikan politik persepsi, menghasut rakyat dengan data separuh masak adalah tindakan mandul akan yang tidak bertanggung jawab,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/04/12/diesel-isham-desak-kerajaan-beri-penjelasan-terperinci/

Tambah Wan Muhammad Zuhir, status “Dari Malaysia” dalam laporan perkapalan hanyalah rujukan geografi pelabuhan, bukannya sumber bekalan subsidi.

Menurut beliau, rakyat Malaysia seharusnya bangga apabila negara ini menjadi hab logistik dunia yang dipercayai pelabur.

Mereka tidak seharusnyaa menggunakan kejayaan itu sebagai modal fitnah untuk menghasut kemarahan rakyat yang masih menyesuaikan diri dengan penyelarasan subsidi.

Tambahan pula, kenyataan-kenyataan yang disebarkan tanpa bersandar kepada maklumat dan data yang benar merupakan satu penghinaan kepada rakyat.

Tegasnya, kenyataan-kenyataan yang tidak bersandarkan maklumat dan data yang tepat merupakan satu penghinaan kepada budi rakyat. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast