Dua terperangkap dalam kebakaran di Lebuh King, Pulau Pinang hari ini.

GEORGETOWN – Sekurang-kurangnya dua mangsa dilaporkan terperangkap dalam kebakaran melibatkan sebuah premis dua tingkat yang dijadikan pejabat guaman di Lebuh King di sini, hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 12.14 tengah hari membabitkan premis yang dijadikan pejabat guaman dengan keluasan kira-kira 20 x 80 kaki persegi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai tiba di lokasi pada jam 12.25 tengah hari dengan jarak perjalanan kira-kira dua kilometer.

“Kebakaran dianggarkan memusnahkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan struktur bangunan berkenaan.

“Mengikut maklumat awal, terdapat sekurang-kurangnya dua mangsa dipercayai terperangkap dalam premis berkenaan ketika kebakaran berlaku.

“Operasi pemadaman masih dijalankan ketika ini,” katanya.

Tambah beliau, perkembangan operasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast