Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di Taman Sejati Indah di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata mangsa merupakan seorang penjawat awam berusia berusia 50-an dan dipercayai penduduk tempatan.

“Polis menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian pada 9.10 pagi tadi. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hanyan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast