Dua lelaki dipercayai penjenayah tegar direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Bukit Mertajam Khamis lalu.
Wartawan Malaysia Gazette, Malinda Abdul Malik melaporkan, perintah reman bermula hari ini terhadap suspek berusia 22 dan 34 tahun itu dikeluarkan Majistret Savinder Singh Jugindar Singh bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.















